Stoking busuk, penumpang bas mengamok


Akibat stoking busuk, habis kacau bilau semua penumpang bas. Inilah yang berlaku di India. Gambar sekadar hiasan. – AFP, 5 Disember, 2017.

POLIS India telah menahan seorang lelaki yang berstokin busuk menyebabkan berlakunya kacau bilau dalam bas.

Menurut polis, lelaki itu membuka kasut dan menyangkut stokingnya di tingkap bas ketika dalam perjalanan menuju New Delhi dari Himachal Pradesh.

Berikutan itu, penumpang lain memprotes dan meminta lelaki itu membuang stoking busuknya.

Bagaimanapun, lelaki itu menolak desakan penumpang yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kekecohan sehingga pemandu bas terpaksa memberhentikan bas di balai polis di Uni, Himachal Pradesh.

Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi memberitahu AFP, bas telah berhenti banyak kali kerana bau busuk stoking itu sebelum sampai ke balai polis.

“Beliau ditahan atas tuduhan menyebabkan kekecohan. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan,” kata Ghandi.

Tambah Ghandi, lelaki itu telah mengancam penumpang lain dan telah menyebabkan kekecohan di balai polis.

Sebaliknya, lelaki itu telah memfailkan aduan terhadap penumpang lain dan pekerja bas kerana mengganggunya, selain menegaskan yang stokingnya tidak berbau, kata pegawai polis. – AFP, 5 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen