Inisiatif tangani Covid-19 tak bahas di Parlimen kerana darurat, kata Muhyiddin


Mohd Farhan Darwis

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak berupaya menunggu persidangan Parlimen kerana kehidupan dan pendapatan rakyat terjejas sepanjang tempoh PKP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2020.

SEGALA perbelanjaan untuk inisiatif menangani wabak Covid-19 tidak dapat dibahaskan di Parlimen waktu itu kerana rakyat memerlukan bantuan itu dengan segera, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata, kerajaan tidak berupaya untuk menunggu persidangan Parlimen kerana kehidupan dan pendapatan rakyat terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Di luar sana rakyat menunggu, mereka tidak boleh tunggu sesi Parlimen. Dia (rakyat) nak sekarang bantuan disampaikan sekarang. Tnstitusi, perniagaan tak dapatt dilaksanakan, sekarang.

“Walaupun begitu saya faham memang itu tanggungjawab ahli Parlimen (bahaskan) tetapi sebagai kerajaan rakyat mesti dibela,” kata Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin menjelaskan, disebabkan isu penularan wabak Covid-19 adalah isu besar yang dihadapi di seluruh dunia, kerajaan tiada pilihan selain mengutamakan kebajikan rakyat.

“Permasalahan besar yang dihadapi adalah soal untuk urus dan tangani Covid-19. Di seluruh negara umum rakyat tahu dalam situasi yang amat sukar dan sulit itu kerajaan tiada pilihan.

“Malahan saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi Parlimen,” kata Muhyiddin.

Namun begitu, Muhyiddin turut memberi jaminan segala perbelanjaan itu akan diperincikan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini.

“Dan hari ini walaupun perkara itu belum dibentangkan, menteri kewangan saya akan bentang dalam sesi ini juga segala perkara secara terperinci.

“Ada berpuluh inisiatif yang terpaksa kita laksanakan,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin menjawab soalan tambahan Anwar Ibrahim (PKR – Port Dickson) yang meminta penjelasan mengenai peruntukan besar tidak dibahas dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Anwar Ibarahim mengenai peruntukan besar dibelanjakan kerajaan untuk inisiatif itu tidak dibahas di persidangan Dewan Rakyat.

Parlimen hanya bersidang sehari pada 18 Mei dan tidak membincangkan apa-apa usul mengenai agihan inisiatif bantuan rakyat yang berjumlah berbilion ringgit.

Persidangan hanya terhad kepada perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Pembangkang mengkritik langkah memendekkan persidangan tersebut yang didakwa sebagai usaha melindungi Muhyiddin daripada usul tidak percaya ke atas perdana menteri itu.

Pembangkang juga menggesa perbelanjaan berkenaan dibahaskan di Parlimen untuk membolehkannya dikawal selia dan mengelakkan ketirisan berlaku.
Muhyiddin seterusnya ketika menjawab soalan Anwar menjelaskan, kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat kerana penularan wabak Covid-19 adalah isu besar yang dihadapi di seluruh dunia.

“Permasalahan besar yang dihadapi adalah soal untuk urus dan tangani Covid-19. Di seluruh negara umum rakyat tahu dalam situasi yang amat sukar dan sulit itu kerajaan tiada pilihan.

“Malahan saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi Parlimen,” kata Muhyiddin.

Namun begitu, Muhyiddin turut memberi jaminan segala perbelanjaan itu akan diperincikan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini.

“Dan hari ini walaupun perkara itu belum dibentangkan, menteri kewangan saya akan bentang dalam sesi ini juga segala perkara secara terperinci.

“Ada berpuluh inisiatif yang terpaksa kita laksanakan,” kata Muhyiddin lagi yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Sejak PKP dikuatkuasakan, Muhyiddin mengumumkan inisiatif bantuan kerajaan Perikatan Nasional berjumlah RM295 bilion termasuk untuk pakej rangsangan ekonomi. – 13 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen