Tiada inkues untuk 80 kes kematian dalam tahanan, kata kumpulan NGO


Ravin Palanisamy

Pengasas Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) M Visnanathan berkata dari 110 kes kematian dalam tahanan sebanyak 80 kes tidak disiasat oleh inkues walaupun wajib dilakukan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Julai, 2020.   

SETIAP kematian dalam tahanan harus diikut dengan inkues seperti yang disyaratkan oleh undang-undang tetapi dari 110 kematian yang disiasat dari 2010 hingga 2016, 80 kes diabaikan, kata pengasas Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) M Visnanathan.

Inkues berkenaan wajib di bawah Seksyen 332 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk kematian yang berlaku di lokap polis, penjara atau suaka mental.

“Dari 110 kes, 80 kes tidak disiasat oleh inkues walaupun perkara itu wajib dilakukan.

“Ini adalah angka yang diberikan di Parlimen,” kata Visvanathan yang juga seorang peguam kepada The Malaysian Insight dalam satu temubual.

Beliau mengetengahkan jumlah berkenaan berikutan pendedahan kematian dalam tahanan kali ini yang melibatkan V Mugilarasu, 35, yang merupakan tiga kes terbaru kematian dalam tahanan sejak bulan lalu.

Mugilarasu yang direman kerana kesalahan dadah meninggal dunia dalam tahanan polis pada 2 Julai ketika dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Jabatan Penjara mendakwa pengendali mesin tersebut mengalami serangan jantung.

Tetapi Visnanathan yang mengendalikan kes berkenaan mewakili keluarga mangsa berpendapat bahawa polis tidak memberitahu koroner Selangor berkenaan kematiannya.

Ini adalah syarat di bawah KPJ agar polis segera melaporkan kematian tahanan kepada koroner.

KPJ juga mewajibkan koroner untuk melihat mayat tersebut di kawasan kejadian dan melakukan pemeriksaan kes kematian berkenaan.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin bagaimanapun menolak dakwaan polis tidak memberitahu koroner berhubung kematian Mugilarasu.

Noor Azam berkata protokol yang diperlukan adalah mana-mana kematian perlu dihantar ke hospital untuk ujian Covid-19 sebelum bedah siasat dilakukan.

Visnanatahan berkata protokol Covid-19 digunakan sebagai alasan untuk tidak memberitahu koroner.

“Undang-undang berkata polis perlu memberitahu koronoer bahawa seseorang sudah mati,” katanya.

Sejak 2000 hingga 2014 terdapat 242 kematian dalam tahanan. Statistik ini juga diketengahkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ini.

Visnanathan berkata kira-kira 16 kematian dalam tahanan dilaporkan setiap tahun.

Dari Mac hingga Jun tahun ini lima kematian direkodkan.

Pada Jun sahaja terdapat dua kematian dalam tempoh tiga minggu dalam dua lokap berasingan di balai polis Kuala Lumpur.

Walaupun ini angka rasmi yang diberikan oleh polis Visvanathan masih berasa sangsi kerana klasifikasi Laporan Mati Mengejut (LMM) sering digunakan oleh polis untuk mengkategorikan kematian dalam tahanan.

“Polis berusaha keras untuk mengatakan mereka tidak mati dalam tahanan.

“Mereka akan mengatakan tahanan ini mati dalam perjalanan ke hospital atau disahkan meninggal dunia di hospital. Oleh itu mereka tidak layak dikategorikan sebagai seseorang yang mati dalam tahanan,” katanya.

Beliau berkata keluarga mangsa perlu memberi tekanan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan inkues dan jawapan.

“Kami boleh bertanya (pihak berkuasa) tetapi keluarga yang memiliki perintah tetap, mereka ada hak undang-undang untuk bertanya mengapa inkues tidak dilakukan,” katanya. – 12 Julai, 2020.   

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen