Kita jaga kita? Jagalah diri sendiri


ADAKAH tahun 2020 membuat anda berasa seperti hilang akal atau serba tidak kena?

Setiap hari, sebaik sahaja kita bangun dari tidur, kehidupan kita dihidangkan dengan berita maklumat, dahulu, kini dan akan datang.

Setiap hari, juga kita seolah bermain dengan permainan rolet Rusia, dan kita selalu terdedah kepadanya, sepanjang masa.

Selebriti kegemaran anda baru saja meninggal, tetapi kita juga harus memikirkan tentang semua pekerja migran atau pekerja asing tanpa izin (Pati) yang hidup dalam keadaan tidak berperikemanusiaan, dan bagaimana dengan pentingnya kehidupan orang kulit hitam dan pribumi.

Dan jangan lupa bahawa beribu-ribu orang mati setiap hari kerana wabak kejam ini, tetapi bagaimana dengan peningkatan keganasan rumah tangga semasa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, tetapi juga bagaimana kita dapat mengabaikan semua tindakan xenofobia yang dilakukan di seluruh dunia.

Adakah senarai itu pernah berakhir?

Semuanya sangat mengecewakan dan itu membuat anda merasa tidak berdaya.

Tetapi, ini juga membuat anda merasa seperti anda hanya perlu bersedia menghadapi sebarang keadaan tentang segalanya dan setiap masa.

Kita seharusnya berpandangan dan melihat akan semua permasalahan ini kerana, setiap satu daripadanya adalah penting.

Namun kita tidak sepatutnya mengambil peduli dan tahu akan semua perkara sepanjang masa.

Oleh itu, izinkan saya memperkenalkan kepada anda istilah ini yang baru saya pelajari: kelesuan belas-kasihan (compassion fatigue).

Kelesuan belas-kasihan adalah keadaan yang dicirikan oleh keletihan emosi dan fizikal yang akhirnya menyebabkan kemampuan berkurang untuk berempati atau merasa belas kasihan kepada orang lain.

Ini pada asasnya adalah penyatuan tekanan traumatik sekunder (secondary traumatic stress) dan kecelaruan kumulatif (cumalative burnout), yang disebabkan oleh ketidakupayaan anda untuk mengatasi persekitaran harian anda.

Berempati dengan segala-galanya, sepanjang masa boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan mental anda sendiri.

Jadi inilah yang saya ingin nyatakan: berehat atau bersantailah sekejap.

Hanya untuk mengekalkan kewarasan anda, pilih beberapa perkara yang tidak perlu anda pedulikan.

Saya tidak meminta anda semua untuk membuang semuanya, tetapi cuba memberi tumpuan yang lebih pada beberapa perkara.

Hadkan jumlah berita media perkhabaran harian yang anda tonton atau baca.

Cuba terima kenyataan bahawa kesakitan dan penderitaan adalah realiti kehidupan di mana kita tidak mempunyai banyak kawalan.

Bersyukurlah dengan apa yang baik dalam hidup dan dunia anda.

Cuba cari makna dalam penderitaan yang anda lihat.

Tunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada diri anda dari semasa ke semasa.

Saya faham bahawa anda mempunyai petunjuk moral semula jadi yang membuat anda mengambil berat tentang segala hal, tetapi saya juga faham jika anda perlu berehat.

Terutama jika ia membantu anda memberi tumpuan kepada masalah yang sangat penting bagi anda.

Kami tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sekarang, ada banyak masalah hari ini, dan akan ada banyak masalah pada masa akan datang.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan adalah, tidak mengapa jika anda tidak dapat menjaga dan membantu semua orang selagi anda mampu menjaga seseorang, dan orang itu adalah anda. – 11 Julai, 2020.

* Azizi Ahmad, pembaca The Malaysian Insight

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen