JET pejuang Israel mengebom kawasan berhampiran ibu negara Syria, Damsyik lewat Isnin, kata pihak pemantau bagi hak asasi manusia Syria.
“Pesawat Israel mensasarkan kawasan Jamaraya berhampiran Damsyik termasuk pusat penyelidikan saintifik dan gudang di mana senjata dan peluru rejim dan sekutunya disimpan,” kata Rami Abdel Rahmane, pengarah kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain kepada AFP.
Sasaran yang tepat belum dapat dikenal pasti.
Wartawan AFP di ibu negara juga mendengar letupan kuat.
“Pertahanan udara kami menyekat serangan peluru berpandu Israel di salah satu bahagian di wilayah Damsyik dan mengagalkan tiga sasaran,” kata media Syria.
Israel mengakui serangan udara di Syria sejak berlakunya peperangan di negara itu enam tahun lalu untuk menghentikan penghantaran senjata kepada pasukan Hezbollah.
Israel berkata pada Oktober ia menyerang artileri kerajaan Syria selepas insiden serangan di Heights Golan yang diduduki Israel, dan memberi amaran ia akan membalasnya. – AFP, 5 Disember, 2017.
Komen