Gempa sederhana landa Wilayah Timor Timur 


Gempa berukuran 5.4 pada Skala Richter berlaku di Wilayah Timor Timur, 79 kilometer ke Barat Daya Kupang, Indonesia pada pukul 7.52 malam ini. – Gambar Google, 4 Disember, 2017.

SATU gempa bumi dengan kekuatan sederhana, iaitu 5.4 pada Skala Richter berlaku di Wilayah Timor Timur, 79 kilometer ke Barat Daya Kupang, Indonesia pada pukul 7.52 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini gempa itu berlaku 1,562 kilometer Tenggara Sarikei, Sarawak, iaitu lokasi terdekat di Malaysia daripada kawasan gempa.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama, 4 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen