IKON Bollywood Shashi Kapoor yang popular di layar perak India pada 1970an, juga merupakan ahli keluarga Kapoor yang terkenal dalam industri perfileman India meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas sakit sejak sekian lama, kata ahli keluarganya.
Kapoor dilapokan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai, kata anak saudaranya Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India. Seroang lagi ahli keluarganya turut mengesahkan perkara itu kepada AFP.
“Ya, dia sudah meninggal dunia. Dia mengalami masalah buah pinggang sejak beberapa tahun lalu,” kata Kapoor kepada PTI.
Shashi yang merupakan anak bongsu kepada perintis filem Hindi dan layar perak Prithviraj Kapoor, dilahirkan di timur bandar Kolkata di India pada 1938.
Dia memulakan kariernya dengan membantu bapanya menjalankan perniagaan syarikat panggung wayang bergerak dan pernah muncul dalam satu produksi pentas “Shatunkala, sebuah kisah cinta klasik Hindu, seawal usia enam tahun.
Kerjaya di Bollywoodnya juga bermula di zaman kanak-kanak dan menjadi kegilaan gadis ketika meningkat dewasa, pernah membintangi lebih 150 buah filem dan berjaya menambat hati peminatnya dengan penampilannya yang tampan.
Dia memulakan kerjayanya sebagai bintang utama dalam filem “Dharmputra” pada 1961, dan antara watak yang diingati peminatnya adalah dalam filem seperti
“Jab Jab Phool Khile” (1965), “Kabhi Kabhie” (1976), dan “Kalyug” (1981). – AFP, 4 Disember, 2017.
Komen