Keputusan permohonan Muhyiddin batal saman Dr Mahathir pada 7 Ogos


Bede Hong

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan membatalkan saman dibuat Dr Mahathir Mohamad dan lima yang lain berhubunga pemecatan keahlian mereka daripada parti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 7 Ogos sama ada membenarkan permohonan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain, berhubung tindakan pemberhentian keahlian mereka daripada parti.

Sekiranya gagal, mahkamah pada hari yang sama akan memutuskan apakah akan membenarkan permohonan Dr Mahathir bagi perintah sementara untuk mengekalkan status quo lantikan parti sehingga tuntutan utama dikeluarkan.

Kedua-dua keputusan itu adalah berhubung interlokutori sebelum perbicaraan sivil.

Dalam saman utama, Dr Mahathir dan lima bekas pemimpin parti lain - bekas timbalan presiden Mukhriz Mahathir, bekas ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Ahli Majlis Tertinggi Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha agung Marzuki Yahya - memfaikan saman pada 9 Jun terhadap Muhyiddin dan pemimpin parti lain serta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana pemecatan yang salah.

Perdana menteri, bersama Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, bekas setiausaha penganjur Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS Masyati Abang Ibrahim, dituduh bersekongkol bagi perebutan kuasa dalam parti itu. – 9 Julai, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen