Ekonomi Malaysia diramal tumbuh 6.5% pada 2021


Sheridan Mahavera

SERC berkata unjuran asas bagi pertumbuhan ekonomi berada pada 5% dan sebahagian besarnya didorong oleh pemulihan aktiviti perniagaan dalam sektor peruncitan, pelancongan dan pembinaan. – Gambar EPA, 9 Julai, 2020.

EKONOMI Malaysia dijangka tumbuh 6.5 % pada 2021 selepas terkesan akibat pandemik Covid-19, berikutan beberapa sektor mencatat pemulihan lebih baik dari jangkaan, kata badan pemikir tempatan.

Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC) berkata unjuran asas bagi pertumbuhan ekonomi berada pada 5% dan sebahagian besarnya didorong oleh pemulihan aktiviti perniagaan dalam sektor peruncitan, pelancongan dan pembinaan.

Secara bandingan, Pengarah Eksekutif SERC Lee Heng Guie meramalkan kesan wabak Covid-19 dan langkah-langkah menanganinya akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi menyusut sebanyak 3% bagi tahun ini.

“Selepas terhenti secara drastik pada separuh pertama 2020 kerana Covid-19 dan langkah menanganinya, aktiviti ekonomi kini menunjukkan tanda-tanda kembali normal sedang kita menuju 2021,” kata Lee semasa taklimat secara dalam talian hari ini. 

“Ramalan kami bagi pemulihan tahun depan berada pada 5.5% dan ia boleh menaik sehingga 6.5%.” – 9 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen