Sri Ram dakwa Apandi cuba gagalkan perbicaraan Najib


Bede Hong

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali mendakwa Gopal Sri Ram memujuknya supaya menangkap Najib Razak pada awal 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Julai, 2020.

DAKWAAN bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali bahawa Gopal Sri Ram memujuknya supaya menangkap Najib Razak pada awal 2018 adalah cubaan untuk mengagalkan perbicaraan bekas perdana menteri itu.

Dalam afidavit yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Sri Ram berkata kunjungan beliau ke rumah Apandi pada Januari 2018 bukan atas arahan Dr Mahathir Mohamad.

Apandi mendakwa demikian menerusi afidavit yang difailkan pada 12 Jun, selepas membuat dakwaan sama di Facebook dua hari sebelumnya. Dalam temu bual bersama laman web TwentyTwo13 pada 11 Jun, Apandi juga mendakwa Sri Ram memujuknya.

Sri Ram berkata butiran perbualan yang dikatakan oleh Apandi itu tidak tepat.

“Ini adalah cubaan untuk membantu Najib, bertujuan untuk menggagalkan perbicaraan terhadap Najib yang dituduh dalam kes 1Malaysia Development Bhd dan pindaan laporan audit,” kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Najib berdepan 42 tuduhan dalam lima perbicaraan jenayah berasingan, di mana tiga masih berjalan.

Sri Ram mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan skandal 1MDB membabitkan Najib.

Sri Ram juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB membabitkan Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy; perbicaraan kes rasuah isteri Najib, Rosmah Mansor dan perbicaraan pengubahan wang haram membabitkan Shafee. 

Afidavit Apandi digunakan menyokong permohonan Najib menyingkirkan Sri Ram daripada menjadi sebahagian daripada pasukan pendakwaan terhadapnya dalam kes yang berkaitan dengan 1MDB.– 7 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen