Al Jazeera disiasat di bawah Akta Hasutan, kata KPN


Kamles Kumar

Polis menyiasat Al Jazeera susulan laporan kontroversi bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Julai, 2020.

POLIS sedang menyiasat Al Jazeera di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan susulan laporan kontroversinya berkenaan pendatang tanpa izin, kata Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara berkata wartawan agensi berita antarabangsa itu akan dipanggil untuk disoal siasat tidak lama lagi.

“Mereka disiasat di bawah beberapa akta. Kita akan melihat adakah mereka didakwa selepas menjawab soalan (dari siasatan),” katanya dalam satu temuramah di Putrajaya hari ini.  

Polis berkata beberapa laporan juga sudah dibuat tetapi beliau tidak ada jumlah yang tepat.  

Agensi berita nasional Bernama melaporkan bahawa Jabatan Imigresen juga sudah membuat laporan.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19. – 7 Julai, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen