Lagi Adun DAP dihalau keluar dewan


Ikhwan Zulkaflee

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) dihalau keluar ketika persidangan DUN Johor hari ini kerana mengganggu perjalanan sidang DUN setelah beliau bangun menyatakan rasa tidak puas hatinya berkenaan isu bagi satu projek penyaliran air di Johor. – Gambar The Malaysian Insight, 4 Disember, 2017.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) terpaksa diseret keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana tidak mematuhi arahan Speaker untuk duduk. 

Tan dihalau keluar ketika persidangan DUN, selepas sesi penggulungan Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin. 

Speaker Mohamad Aziz berulang kali mengarahkan Tan duduk dan berhenti mengganggu perjalanan sidang DUN setelah beliau bangun menyatakan rasa tidak puas hatinya berkenaan isu bagi satu projek penyaliran air di Johor. 

“Jawapan dah diberi, Yang Berhormat yang tidak mahu terima,” jelas Mohamad.  

Tan bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan bertegas supaya diberikan ruang untuk mendapatkan jawapan bagi isu berkenaan. 

Setelah berkali-kali arahannya supaya Tan duduk tidak didengari, Mohamad akhirnya bertindak menghalau Adun Mengkibol itu keluar dari dewan. 

Tan bagaimanapun masih bertegas mahukan jawapan dari mana wang akan diperolehi kerajaan negeri bagi melaksanakan projek saliran air dari Empangan Kahang ke Empangan Sembrong Timur. 

Isnin lepas, Wong Shu Qi (DAP-Senai) diperintahkan keluar dari persidangan DUN Johor setelah enggan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan Khaled dengan dakwaan skandal tanah. – 4 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • nao shen me nao, he he

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh David michi · Ulasan

    • It's been a long time.

      Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Bird dichi · Ulasan