Semak semula kadar kemiskinan dan tunjuk gambaran penuh, kata bekas wakil PBB


Ragananthini Vethasalam

Bekas Pelapor Khas PBB  Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston berkata Malaysia perlu mengkaji semula kadar kemiskinan dan menunjukkan gambar lebih inklusfi mengenai kumpulan terpinggir. 2020. – Gambar srpoverty.org, 6 Julai, 2020.

MALAYSIA harus mengkaji semula kadar kemiskinan dan menunjukkan gambaran yang lebih inklusif mengenai kumpulan terpinggir di negara ini, kata bekas Pelapor Khas PBB  Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston.

Kajian semula garis kemiskinan nasional akan menjadi langkah pertama ke arah membasmi kemiskinan, katanya dalam laporan mengenai lawatan 11 harinya ke Malaysia pada Ogos tahun lalu.

PBB mengeluarkan laporan oleh Alston hari ini dan juga maklum balas Putrajaya terhadap penemuannya.

Kerajaan persekutuan tidak bersetuju dengan pandangan Alston bahawa kadar kemiskinan nasional di Malaysia sebanyak 0.4% bukan gambaran sebenar dan ia “berdasarkan statistik yang tidak jelas”. 

Tujuan lawatan Aslton tahun lalu adalah untuk melaporkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai sejauh mana dasar dan program Putrajaya yang berkaitan dengan kemiskinan tegar sesuai tanggungjawab hak asasi manusia dan untuk memberikan cadangan yang membina kepada kerajaan dan pihak berkepentingan lain.

Alston berkata Malaysia memerlukan pemahaman yang lebih baik mengenai sifat kemiskinan terutama di kawasan bandar.

Negara ini juga memerlukan pendekatan baharu terhadap populasi yang lama diabaikan selain membaiki dasar sosial.

Kumpulan yang diabaikan termasuk Orang Asli yang mengalami kadar kemiskinan yang jauh lebih tinggi.

Mereka juga berdepan pelanggaran hak yang meluas, masalah pengambilalihan tanah dan tidak termasuk dalam sokongan sosial. – 6 Julai, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen