Pengerusi Bersih 2.0 disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman


Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann akan hadir disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berkaitan kirimannya di Facebook pada jam 11 pagi esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Julai, 2020.

PENGERUSI Bersih 2.0 Thomas Fann akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan satu kiriman di Facebook menggesa rakyat untuk menyertai satu protes pada Februari lalu.

Bersih dalam satu kenyataan berkata Thomas akan hadir untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 11 pagi esok.

Kiriman yang dibuat di laman Facebook rasmi Bersih pada 29 Februari menggesa rakyat Malaysia yang menentang perubahan kerajaan melalui rancangan dan pembelotan untuk menghadiri satu perhimpunan.

“(Kiriman tersebut menggesa) rakyat yang tidak setuju dengan pengkhianatan mandat rakyat akibat oleh Langkah Sheraton untuk menyertai satu protes yang dipanggil “Turun Ke Jalan: Demokrasi Mati” di Dataran Merdeka pada malam tersebut,” katanya.

Bersih berkata mereka kesal di bawah kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, era ugutan politik dan membisukan suara penentangan yang merupakan kebiasaan di bawah era Barisan Nasional (BN) sudah kembali.

Badan pemantau pilihan raya itu turut menyebut beberapa individu yang turut dipanggil untuk disoal siasat termasuk Pengasas-Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkaitan kenyataan media yang dikeluarkan.

Antara yang turut dipanggil termasuk Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menerusi catatan di Twitter, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi temu ramah beliau di Al-Jazeera, aktivis Siti Kasim disebabkan kiriman Facebook dan wartawan Tashny Sukumaran kerana laporan serbuan warga asing tanpa dokumen semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengacara dan pelakon terkenal Patrick Teoh juga didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia di atas tuduhan membuat penghinaan dengan sengaja untuk menyakitkan hati orang lain kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) di kiriman Facebook.

Tindakan undang-undang juga dikenakan kepada portal berita Malaysiakini kerana tuduhan komen hasutan oleh pembaca.

Penerbit buku Gerakbudaya juga diserbu polis kerana kulit buku yang berimej seperti jata negara.

Former radio DJ Patrick Teoh was also charged under the Communication and Multimedia Act for allegedly insulting the Johor Crown Prince in a Facebook post, while news portal Malaysiakini is facing a contempt hearing over readers’ comments. – 6 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen