5 kes baharu Covid-19, 4 pulih


Noel Achariam

Ini kali pertama terdapat lebih banyak kes import berbanding pulih sejak 28 Jun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Julai, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan lima kes Covid-19 melibatkan tiga kes import dan dua penularan tempatan.

Pada masa yang sama, terdapat empat kes pulih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ini merupakan kali pertama terdapat lebih banyak kes import berbanding pulih sejak 28 Jun.

“Tiga kes import melibatkan dua warga Malaysia dan seorang pemastautin tetap.

“Penularan tempatan adalah kes ujian saringan pra-pembedahan di Hospital Queen Elizabeth di Sabah dan pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, hanya 77 orang yang menerima rawatan Covid-19 di hospital.

Menurutnya, daripada jumlah itu dua dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Empat pesakit telah pulih dan didiscaj hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kes pulih kepada 8,465 atau 97.7% daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes. – 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen