Sekretariat Parlimen Digital neutral, jumpa ahli Parlimen kerajaan, pembangkang


PENGANJUR bertemu dengan ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang bagi menganjurkan inisiatif Parlimen Digital dalam talian yang kini disiasat pihak polis, kata sekretariat penganjur.

Inisiatif yang dimulakan kumpulan pemuda itu turut menjalankan pertemuan dengan menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pemimpin daripada Perikatan Nasional yang mereka temui termasuk Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Sementara daripada Pakatan Harapan, mereka bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming yang juga merupakan ahli Parlimen Teluk Intan.

Sekretariat penganjuran menekankan bahawa inisiatif tersebut menyaksikan belia yang mewakili 222 kawasan persekutuan di Malaysia dalam platform model Parlimen digital menggunakan aplikasi telesidang, mereka berkata para pemuda yang menyertainya adalah berkecuali dan tidak dipilih berdasarkan kecenderungan politik.

Kenyataan mereka itu adalah sebagai maklum balas terhadap siasatan polis yang dijalan ke atas beberapa peserta berhubung kecenderungan inisiatif tersebut.

Parlimen Digital disiarkan secara langsung di Facebook semalam di mana  belia membahaskan usul untuk rancangan ekonomi khas bagi membantu belia yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Sesi tersebut disambung dan berakhir hari ini dengan perbahasan mengenai penyediaan sistem pendidikan bagi masyarakat terpinggir yang tidak mempunyai cara untuk mengakses pendidikan sepanjang wabak ini .

Organisasi belia di sebalik inisiatif tersebut adalah Challenger, Liga Rakyat Demokratk dan Undi18. – Bernama, 5 Julai, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen