PERBICARAAN ekstradisi pemimpin pemisah Catalonia Carles Puigdemont diadakan di Belgium pada Isnin selepas Sepanyol meminta dia dihantar pulang untuk didakwa atas tuduhan menghasut atas usahanya menuntut kemerdekaan.
Hakim akan mendengar dari peguam-peguam yang mewakili Puigdemont dan empat bekas menterinya yang melarikan diri ke Belgium pada Oktober walaupun diperintahkan hadir ke mahkamah di Sepanyol.
Bulan lalu pendakwa raya telah meminta hakim meluluskan waran tangkapan Eropah yang dikeluarkan Madrid kepada kelima-lima individu itu .
Perbicaraan diadakan di saat menjelangnya permulaan kempen pilihan raya 21 Disember di Catalonia.
Peguam Puigdemont berkata dia akan terus berada di Belgium sehingga pilihan raya berakhir.
“Mereka akan terus berada di Brussels sekurang-kurangnya sehingga 21 Disember dan mengikut kiraan saya ia akan berlanjutan sehingga pertengahan Januari,” kata peguam, Jaume Alonso Cuevillas, merujuk kepada Puigdemont dan empat bekas menteri itu.
“Saya yakin, tidak kira apa pun yang berlaku, mereka akan mendapat rayuan,” katanya.
Menurut pejabat pendakwa raya Brussels, mahkamah dijangka akan membuat keputusan dalam tempoh lapan hingga sepuluh hari.
Jurucakap Puigdemont pada Jumaat berkata, dia akan “menghormati jadual” proses undang-undang Belgium. – AFP, 4 Disember, 2017.
Komen