Trump nafi minta FBI gugurkan siasatan terhadap Flynn


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata ia hanyalah satu lagi berita palsu untuk menutup penipuan James Comey. – Gambar EPA, 3 Disember, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad nafi meminta pengarah FBI James Comey menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan Michael Flynn, yang mengaku menipu kepada FBI berhubung rundingan dengan Rusia. 

“Saya tidak pernah meminta Comey untuk hentikan siasatan ke atas Flynn. Hanya satu lagi berita palsu yang mahu menutup penipuan Comey!”, kata Trump menerusi akaun Twitternya.

Pada Sabtu, Trump sekali lagi menyatakan kempennya tidak melibatkan Moscow pada pilihan raya tahun lalu, dan menyalahkan Jabatan Keadilan dan pesaingnya Hillary Clinton. – AFP, 3 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen