Bekas CEO 1MDB nafi buat perjanjian dengan pendakwa


Bede Hong

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi nafi buat perjanjian dengan pendakwa raya untuk memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak sebagai pertukaran bagi mendapatkan imuniti daripada pertuduhan jenayah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2020.

BEKAS ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Shahrol Azral Ibrahim Halmi nafi buat perjanjian dengan pendakwa raya untuk memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak sebagai pertukaran bagi mendapatkan imuniti daripada pertuduhan jenayah.

Ketika disoal balas peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, saksi dirujuk kepada laporan berita yang memperincikan bagaimana BSI Bank yang berpengkalan di Singapura dilantik untuk menstruktur semula pegangan saham 1MDB dalam PetroSaudi Oil Services Ltd pada pertengahan 2012.

Bekas pegawai perancang pengurusan harta BSI Bank, Yeo Jiawei bersama penyelianya, Kevin Swampillai untuk mengaut keuntungan daripada urusan tersebut. Yeo dihukum penjara 54 bulan pada 2017.

“Mereka menipu bank mereka, BSI, kerana mereka menjana ‘keuntungan rahsia’. Kevin Swampillai adalah saksi yang berpotensi. Dia juga, jana untung. Kedua-duanya bersekongkol,” kata Shafee.

Shahrol tidak bersetuju bahawa beliau menipu 1MDB atau buat perjanjian dengan pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Najib.

Shafee: Kamu nafi buat perjanjian dengan pendakwa untuk elak didakwa? Kevin Swampillai pun sama. Ini bukan perkara biasa.

Shahrol: Saya tidak setuju.

Shafee: Ada 1MDB saman kamu kerana cuai?

Shahrol: Tidak ada.

Shafee: Jadi saya katakan bahawa ada persetujuan. Yang kamu tidak akan didakwa jika tunjukkan bahawa anak guam saya bersalah.

Shahrol: Tidak setuju. – 1 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen