Kebun dibuka atas kelulusan kerajaan negeri, kata penanam durian


Angie Tan

Penanam durian berkata mereka hanya akan membuka kebun durian di atas tanah yang mendapat kebenaran kerajaaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Jun, 2020.

PERBALAHAN makin tegang berhubung aktiviti penanaman durian di tanah adat Orang Asli, dan pekebun berkata mereka menanam durian di situ atas kebenaran kerajaan negeri.

Permintaan untuk raja buah itu semakin tinggi dalam pasaran China, menyebabkan pekebun dikatakan menceroboh tanah Orang Asli untuk menanam durian bagi pasaran eksport.

The Malaysian Insight baru-baru ini melaporkan sebuah kebun di Pahang dibuka atas tanah yang dituntut oleh suku Temiar di mahkamah.

Dan suku Orang Asli itu tidak menerima hasil daripada kebun itu.

Pengarah Urusan Dulai Fruits Enterprise Eric Chan berkata walaupun semakin pihak masuk ke industri penanaman durian, kebun hanya boleh dibuka atas tanah yang mendapat kelulusan kerajaan negeri.

“Masalah ini (perbalahan tanah) selalu berlaku, tetapi mustahil untuk pemilik kebun menanam pokok sesuka hati, terutama tanah ladang kawasan hijau.

“Kerajaan negeri perlu memproses sebelum memberi kelulusan di mana durian boleh ditanam,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata masalah seumpama itu pernah berlaku sebelum ini walaupun durian ditanam di tanah yang diluluskan kerajaan negeri.

“Saya dengar masalah ini di Kelantan agak serius. Mungkin kerana di sana lebih ramai Orang Asli dan Thailand di sana.

“Namun, setahu saya, masalah di sana ialah tanah itu ada pemiliknya, tetapi mereka tidak tanam di tanah ituu, dan Orang Asli kebetulan tinggal berhampiran. Penanaman durian menjejaskan kehidupan Orang Asli berkenaan,” katanya.

Chan, yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan penanaman durian, mempunyai lebun seluas 100 ekar di Raub. Katanya, ada ramai Orang Asli tinggal berhampiran kebun durian ini dan biasanya mereka bekerja di situ.

Katanya, beliau ada ramai pekerja Orang Asli di kebunnya.

Chan berkata kebun durian terletak di kawasan pedalaman di mana sukar mendapatkan tenaga kerja. Maka, kebanyakan kebun akan mengambil Orang Asli yang tinggal berhampiran untuk bekerja di situ.

“Orang Asli juga mahu mendapatkan pendapatan. Daripada memburu dan menanam sayur, lebih baik minta mereka bekerja di kebun, supaya mereka dapat pendapatan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka. Ia situasi menang-menang,” katanya. – 30 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen