POLIS India menahan seorang lelaki kerana stoking busuknya menyebabkan penumpang sebuah pas lain melakukan bantahan kerana bau tegiknya, kata pegawai pada Sabtu.
Lelaki itu membuka kasut dan stokingnya dalam bas yang sedang bergerak di daerah Himachal Pradesh, Himalaya ke New Delhi, kata polis.
Penumpang lain yang tidak tahan bau tegik itu meminta lelaki itu memakainya kembali atau membuangnya.
Lelaki itu enggan, menyebabkan wujudnya perkelahian antaranya dan penumpang lain sehingga memaksa pemandu bas menghentikan bas itu di balai polis berhampiran di daerah Una, Himachal Pradesh.
Ketua Polis Una Sanjeev Gandhi memberitahu AFP yang bas itu terpaksa berhenti beberapa kali kerana bau tegik itu sebelum mereka sampai di balai polis.
“Dia ditahan dan didakwa kerana menganggu ketenteraman awam tetapi dibebaskan dengan ikat jamin,” kata Gandhi.
Gandhi berkata lelaki itu mengugut penumpang lain dan mencetuskan pergaduhan di balai polis.
Lelaki itu kemudiannya membuat laporan ke atas penumpang lain dan pemandu bas kerana menganggunya dan bertegas stokingnya tidak berbau, kata pegawai.
Dia meninggalkan kawasan itu menggunakan bas lain pada hari berikutnya, kata polis lagi. – AFP, 3 Disember, 2017.
Komen