Ibu pejabat antirasuah Zimbabwe ditutup akibat Covid-19


Orang ramai perlu diperiksa suhu badan sebelum memasuki gereja di Mabvuku, Harare, Zimbabwe, sebagai salah satu cara mengekang penularan Covid-19. – Gambar EPA, 24 Jun, 2020.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Zimbabwe (ZACC) pada Selasa menutup ibu pejabat di Harare, selepas anggota keluarga kakitangan di pejabat itu dijangkiti Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap ZACC John Makamure.

Laporan sebelum ini mengatakan kakitangan pejabat itu dijangkiti Covid-19, tetapi Makamure menafikannya. 

“Bukan pekerja pejabat itu yang dijangkiti tetapi suami dan anaknya. Pekerja itu didapati negatif,” katanya.

“Ibu pejabat itu boleh beroperasi semula dalam masa 48 jam selepas kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan. Semua pejabat lain beroperasi seperti biasa,” tambahnya.

Susulan peningkatan kes Covid-19, Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak meningkatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pandemik, berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Zimbabwe mencatatkan 525 kes disahkan, termasuk enam kematian dan 64 pesakit sembuh. – Bernama, 24 Jun, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen