Boleh sesiapa jelaskan kenaikan caj servis klia2?


Jahabar Sadiq

MULAI Januari 2018, mereka yang membuat perjalanan ke destinasi antarabangsa di luar negara-negara Asean dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2) perlu membayar caj servis penumpang (PSC) seperti lapangan terbang lain iaitu sebanyak RM73.

Tetapi, Suruhanjaya Penrbangan Malaysia (MAVCOM) tidak memberi penjelasan mengenai kenaikan itu kecuali mengatakan ia mahu menyamakan caj dengan lapangan terbang lain.

Itu bagus, kecuali hanya ada beberapa bilangan kecil lapangan terbang yang mempunyai penerbangan antarabangsa di luar negara-negara Asean. Lapangan terbang itu ialah KLIA, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Kelima-limanya adalah lapangan terbang “full-service”, yang direka sebagai lapangan terbang dan bukan sebagai lapangan terbang hibrid. Lagipun, klia2 direka sebagai Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menggantikan terminal lama sebelum kos lebihan menjadikannya “hibrid” dengan sebuah pusat membeli belah bersambung dengannya.

MAVCOM yang ditubuhkan pada Mac 2016 sebagai “pegawal selia ekonomi bebas bagi industri penerbangan awam” hanya melakukan satu perkara kepada orang ramai - memastikan mereka membayar lebih untuk penerbangan mereka.

Ia bermula dengan caj tambahan RM1 untuk MAVCOM menjana pendapatan dan sekarang menyamakan caj untuk terminal-terminal yang mempunyai penerbangan antarabangsa.

Apa lagi yang setakat ini ia telah lakukan untuk penumpang? Ia sedang menulis Kualiti Perkhidmatan (QoS) bagi pengurus lapangan terbang dan lapangan terbang tetapi itu akan mengambil masa.

Jadi apa yang mula-mula dilakukannya sebelum penumpang mendapat perkhidmatan berkualiti? Ia mula menaikkan caj di terminal yang nampak murah dan tidak selesa yang tidak mencapai piawaian mana-mana lapangan antarabangsa di negara ini?

Adakah mereka yang berada dalam lembaga pengarah MAVCOM yang berpengalaman tiada rasa empati kepada penumpang?

MAVCOM mengatakan ia mengambil kira pandangan pihak berkepentingan sebelum menetapkan PSC baharu bagi penerbangan antarabangsa di klia2 tetapi ia tidak memberi sebarang penjelasan melainkan berkata ia untuk menyamakan caj.

Itu alasan lemah. Jika itulah sebabnya, mengapa rakyat Malaysia perlukan MAVCOM?  Mengapa tidak biarkan pengurus lapangan terbang membuat keputusan mereka sendiri daripada beberapa pihak berkuasa yang mahu mengambil duit dari penumpang?

Lembaga MAVCOM perlu keluar dari peabat mereka di Kuala Lumpur dan buka pejabat di klia2 untuk melihat kemudahan di sana dan bandingkan dengan terminal lain di Malaysai.

Skypark di Subang dibina lebih baik untuk penumpang, memandangkan ia direka dan dibina oleh Jabatan Kerja Rya bertahun-tahun dahulu berbanding  proses tender yang mencipta klia2 yang sangat besar.

Ia kekal sebagai sebuah lapangan terbang yang direka teruk dan menggelarnya hibrid adalah panggilan sopan kepada Frankenstein dengan travelator yang menjadikan koridornya lebih sempit.

Dan dengan mengatakan kadar PSC di Malaysia antara yang terendah langsung tidak bermakna apabila kualitinya juga rendah.

MAVCOM harus berikan alasan yang lebih baik untuk menaikkan caj atau elok dibubarkan saja kerana ia menyebabkan orang ramai membayar lebih berbanding apa yang dilakukan untuk manfaat penumpang. – 2 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • "MAVCOM yang ditubuhkan pada Mac 2016 sebagai "pegawal selia ekonomi bebas bagi industri penerbangan awam" hanya melakukan satu perkara kepada orang ramai - memastikan mereka membayar lebih untuk penerbangan mereka."

    Mungkin bila nak ditubuhkan kerajaan kata hangpa nak mewah pandai pandai lah hangpa cari duit sendiri.. tuh semua jadi macam.preyamun tarbus tanoa tuan..


    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • Nape beruk beruk kat dlm mavcom kebanyakkan bekas org malangsial airlines?

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan