Malaysia skor kedudukan paling rendah bagi integriti pilihan raya


Looi Sue-Chern

Malaysia berada pada kategori skor PEI paling rendah, ranking ke-142 daripada 158 negara dari segi integriti pilihan raya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2017.

WALAUPUN Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada Zimbabwe, Vietnam dan Afghanistan dalam kajian integriti pilihan raya, tetapi ia jauh terkebelakang berbanding jiran serantau seperti Indonesia, Singapura dan Filipina, menurut kajian akademik mengenai pilihan raya.

Kertas penyelidikan bertajuk “Malaysia’s Electoral Process: The Methods and Costs of Perpetuating Umno Rule” memberikan skor PEI (Global Persepsi Integriti Pilihan Raya) yang mengukur undang-undang pilihan raya, prosedur pilihan raya, persempadanan kawasan, pendaftaran pengundi, pendaftaran parti, liputan media, kempen, proses pengundian, dan pengiraan undi untuk menilai tahap manipulasi keseluruhan sistem pilihan raya.

Malaysia berada pada kategori skor PEI yang paling rendah, ranking ke-142 daripada 158 negara dari segi integriti pilihan raya.

Negara lain berada pada kedudukan bawah dalam laporan itu ialah Zimbabwe pada tempat ke-143; Vietnam (147); dan Afghanistan (150).

“Hampir semua negara lain dalam kategori ini mengalami ketidakstabilan sosial dan politik teruk seperti Afghanistan dan Zimbabwe, atau mempunyai sistem parti tunggal seperti Vietnam yang menghalang persaingan tidak sihat dalam pilihan raya,” kata laporan itu. – 1 Disember, 2017.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen