Turki kerah tentera ke Iraq perangi pemberontak Kurdish 


Turki melancarkan serangan terhadap pemberontak Kurdish di timur laut Iraq.– Gambar EPA, 17 Jun, 2020.

TURKI melancarkan serangan udara dan darat terhadap pembeerontak Kurdish di utara Iraq pada Rabu.

Tindakan itu sekali gus bakal menimbulkan pertelingkahan dengan kerajaan Baghdad.

Menurut kementerian pertahanan Turki, anggota komando digerakkan dengan sokongan dron dan helikopter, diikuti dengan siri serangan pelancar roket dan meriam yang mengenai lebih 150 sasaran.

Tambahnya, operasi yang diberi nama “Claw-Tiger” itu dijalankan selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan pemberontak ke atas balai polis dan pangkalan tetera berhampiran sempadan Iraq.

Terdahulu, serangan udara yang dilancarkan Turki minggu lalu mencetuskan kemarahan Iraq, yang menyifatkan ia sebagai “pelanggaran kedaulatan negara”.

Tentera Turki sering melancarkan serangan terhadap Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di timur laut Turki dan kawasan di sempadannya.

Operasi Claw-Tiger itu dilancarkan di wilayah utara Iraq di Kandil, Sinjar dan Hakurk. – AFP, 17 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen