Sekali lagi, Arab Saudi pintas peluru berpandu dari Yaman


ARAB Saudi semalam memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kawasan bergolak di Yaman, lapor media negara itu.

Ia serangan kedua bulan ini yang didakwa dilakukan pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Peluru berpandu itu dikatakan menyasarkan Khamis Mushait, kota di selatan Arab Saudi, namun tiada kematian dilaporkan, kata jurucakap tentera pakatan pimpinan Arab Saudi dalam memerangi pemberontak Syiah.

“Pasukan Pertahanan Udara Diraja Saudi memintas peluru berpandu yang disasarkan ke Khamis Mushait,” kata Agensi Berita Saudi memetik jurucakap gabungan pimpinan Arab Saudi, Turki al-Maliki.

Arab Saudi menuduh musuhnya, Iran membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi, tetapi Tehran menafikan dakwaan itu. – AFP, 1 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen