AS, China akan bertemu, bincang isu hubungan tegang, kata laporan


Setiausaha Negara AS Mike Pompeo akan mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan China di Hawaii esok, lapor South China Morning Post. – Gambar EPA, 16 Jun, 2020.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo akan mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan China di Hawaii esok, berunding buat pertama kali sejak ketegangan antara dua negara itu diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19, kata laporan.

South China Morning Post memetik sumber melaporkan Pompeo akan berunding dengan pegawai kanan China, Yang Jiechi.

Pertemuan tersebut juga dilaporkan media Politico dan CNN. Menurut CNN, ia akan berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Hickam, bersebelahan Pearl Habor. 

Jabatan Negara AS bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian berkata butiran lanjut akan dimaklumkan apabila tiba masanya, lapor Global Times.

Pertemuan antara dua pegawai paling kanan kedua-dua negara itu adalah yang pertama sejak Januari, iaitu pertemua antara Timbalan Perdana Menteri China Liu He dengan Presiden AS Donald Trump di White House, bagi menandatangani fasa pertama perjanjian untuk menamatkan perang dagangan.

Namun, ketegangan terus memuncak selepas Trump menyalahkan China atas penularan wabak Covid-19.

Trump menuduh China menyembunyikan tahap serius penularan Covid-19 ketika virus itu mula dikesan di Wuhan pada Disember lalu.

Pompeo pula mendakwa virus Covid-19 berpunca dari sebuah makmal di Wuhan, bukan dari pasar basah di bandar itu. – AFP, 16 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen