TENTERA Turki melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Kurdish yang menduduki kawasan utara Iraq, umum kementerian pertahanan negara itu.
“Operasi Claw-Eagle telah bermula. Pesawat kami akan menghancurkan rangkaian gua yang dijadikan pangkalan pemberontak,” kata kementerian itu menerusi Twitter.
Serangan udara iu menyasarkan pangkalan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq termasuk di Kandil, Sinjar dan Hakurk, tambahnya.
PKK yang melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Iraq sejak 1984, disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekuru Baratnya.
Kumpulan itu kini menguasai sebahagian besar kawasan di utara Iraq. – AFP, 15 Jun, 2020.
Komen