PERTIKAIAN antara tuan rumah-penyewa meningkat tiga kali ganda bagi beberapa syarikat sejak awal April, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan berikutan penularan wabak Covid-19, menurut peguam.
Penutupan restoran serta perniagaan kecil dan sederhana membawa kepada peningkatan tuntutan pelanggaran kontrak, kata mereka.
Peguam Marcus Tan berkata, syarikatnya menyaksikan peningkatan 50% bagi kes berkenaan selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, kebanyakannya berkaitan buruh dan pertikaian pajakan tanah.
Sebelum PKP, kebanyakan pertikaian adalah mengenai tunggakan sewa dan utiliti.
Selepas wabak koronavirus, pertikaian tertumpu kepada apakah penyewa dapat menamatkan kontrak mereka lebih awal untuk menyelamatkan perniagaan.
Kebanyakan majikan turut bertanya dengan syarikat itu sama ada mereka dibenarkan untuk menghentikan bayaran gaji atau membuat pekerja mereka mengambil cuti tanpa gaji.
“Kebanyakan majikan bertanya sama ada mereka boleh memberhentikan pekerja. Pekerja turut diberi nasihat bagaimana untuk mengambil tindakan lanjut bagi melindungi hak mereka,” kata Tan kepada The Malaysian Insight.
Bagi masalah pajakan, banyak syarikat kecil dan sederhana berdepan masalah aliran wang, tambahnya. Sewa turut menyumbang sebahagian besar perbelanjaan perniagaan, dengan penyewa komersial berunding dengan peguam mengenai cara menamatkan kontrak mereka.
“Mereka mahu tahu kesan dari segi perundangan apabila menamatkan kontrak lebih awal, mengikut syarat pajakan yang ditandatangani.”
Peguam Ryan Ho turut berkongsikan pengalaman yang sama, dan mengatakan rundingan bagi isu kontrak penyewa meningkat sehingga 200% kerana kebanyakan pemilik premis melanggar kontrak, pemilik premsi juga tidak boleh menukar kunci premis mereka dan perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan penyewa.
“Sudah pasti untuk mendapatkan perintah mahkamah, tuan rumah perlu mengamanahkan kepada peguam untuk menjalankannya. Kebanyakan pertikaian ini adalah dari sektor komersial.”
Ho turut menjangkakan satu lagi gelombang rundingan pada Oktober apabila Bank Negara menamatkan moratorium pinjaman selama enam bulan.
“Saya jangkakan akan ada lagi gelomang rundingan,” kata Ho.
Syarikat guaman Eric Choo menyaksikan rundingan pertikaian sewa meningkat 50% ketika PKP.
“Mujurlah kebanyakan oemilik rumah memahami kesan daripada pandemik ke atas penyewa, jadi mereka sanggup membuat konsesi,” kata Choo.
“Banyak pemilik rumah bersedia menampungnya, kerana jika penyewa membatalkan kontrak selama tempoh PKP, sukar untuk mencari penyewa baru. Perlu ada kompromi.
“Terdapat juga segelintir pemilik rumah bersetuju untuk membiarkan penyewa membayar sewa dengan deposit dua bulan mereka. Ini juga pertama kalinya kontrak itu diselesaikan terlebih dahulu kerana wabak virus. Bukan penyewa yang sengaja ingin melanggar kontrak mereka.”
Peguam Farhan Haziq Mohamed secara umumnya berkata, pemilik rumah sanggup untuk berunding dengan penyewa.
Tuntutan saman daripada pemilik rumah hanya dibuat selepas penyewa melanggar kontrak dan lari, kedua pihak tidak dapat mencapai konsensus.
Ketika PKP, syarikatnya menerima banyak rundingan perundangan sewa, daripada perniagaan dalam industri katering, pusat kecergasan dan kedai runcit.
Tan berkata, lebih banyak rundingan komersial biasa adalah daripada penyewa pusat membeli-belah, yang mahu bayaran sewa dikurangkan.
“Pajakan biasa tidak akan benarkan, atau tidak mengandungi klausa pengurangan sewa, jadi untuk mengurangkan sewa, mereka perlu membawa pemilik pusat membeli-belah ke meja rundingan. Kompromi bergantung pada syarat rundingan,” kata Tan, sambil menambah bahawa kebanyakan penyewa adalah dari pusat membeli-belah yang mempunyai bilangan pengunjung yang lebih sedikit.
Tan mencadangkan “force majeure” iaitu undang-undang yang melindungi pemaju perumahan dariapda saman kerana gagal mematuhi tarikh siap, berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan mereka sukar memenuhi sasaran pembinaan.
Pemaju juga menggesa Putrajaya untuk undang-undang bagi melindungi mereka dengan memasukkan klausa pengecualian “force majeure” di bawah Jadual H atau G Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.
Tan berkata penyewa dan tuan tanah perlu memasukkan klausa penamatan ke dalam kontrak, untuk menjelaskan dalam keadaan apa ia boleh ditamatkan.
Putrajaya hanya akan membentangkan RUU Covid-19 Langkah Sementara Covid-19, dengan elemen force majeure, pada persidangan Parlimen Julai ini. – 15 Jun, 2020.
Komen