4 ahli lembaga Perkeso dipecat, kata sumber


Ragananthini Vethasalam

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa empat ahli lembaga itu menerima notis bertulis yang memaklumkan penamatan tugas mereka sebagai ahli lembaga pada minggu lalu. – 14 Jun, 2020.

EMPAT ahli lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) dipecat, kata sumber ketika kerajaan Perikatan Nasional dilihat terus membuang individu yang dilantik kerajaan terdahulu.

The Malaysian Insight difahamkan, empat ahli lembaga Perkeso itu merupakan Andrew Lo, Yong Hee Kong, Wee Hock Kee dan Japar Abd Majid.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa empat ahli lembaga itu menerima notis bertulis daripada seorang menteri yang memaklumkan penamatan tugas mereka sebagai ahli lembaga pada minggu lalu.

Penamatan tugas itu berkuatkuasa pada 15 Jun.

Andrew berada dalam barisan lembaga sebagai wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak manakala Wee merupakan pengasas dan pengerusi CG Board Asia.

Yong merupakan penasihat kanan kepada ASEAN Advisory, sebuah firma perundingan di bawah Zico Holdings yang beribu pejabat di Singapura.

Tiada maklumat tentang latar belakang Japar.

Bagaimanapun tiadak alasan rasmi diberikan kementerian tentang tindakan mereka itu.

The Malaysian Insight cuba menghubung Menteri Sumber Manusia M Saravanan untuk mendapatkan komen.

Pertubuhan pekerja itu mempunyai 14 ahli lembaga termasuk tiga wakil dari Kementerian Sumber Manusia, Kewangan dan Kesihatan.

Setiausaha Agung Kementerian Sumber Manusia Amir Omar merupakan pemangku pengerusi Perkeso.

Ini merupakan perkembangan terbaharu tentang rombakan yang dilakukan dalam agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Sebelum ini Saravana melantik ahli perniagaan Shahul Hameed Dawood sebagai ketua pegawai eksekutif Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Shahul menggantikan Elanjelian Venugopal yang tamat kontraknya pada Julai. – 14 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen