SPRM tahan reman 2 pegawai GLC, disiasat terima rasuah RM800,000


Kalidevi Mogan Kumarappa

Dua pegawai yang ditetapkan sebagai suspek itu dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman.– Gambar SPRM, 10 Jun, 2020.

AGENSI anti rasuah menahan pengurus besar dan pengurus akaun sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki menerima rasuah RM800,000 daripada pembekal kontrak sistem jalur lebar kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, 4.30 petang semalam, kata Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norazlan Mohd Razali.

“Kesalahan itu dilakukan bermula tahun 2012 hingga 2016,” katanya.

Dua pegawai yang ditetapkan sebagai suspek itu ditahan reman selama sehingga Isnin, atas perintah Majistret Shah Wira Abdul Halim di mahkamah di Putrajaya.

Menurut Norazlan, mereka ditahan selepas pegawai SPRM menggeledah beberapa premis di sekitar Lembah Klang berhubung kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.– 10 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen