Anak saudara Azmin terlibat kes lombong pasir haram, direman 7 hari


Muzliza Mustafa

Empat suspek, salah seorang adalah anak saudara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan aktiviti perlombongan pasir haram di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 November, 2017.

ANAK saudara Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan tiga yang lain ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan aktiviti perlombongan pasir haram.

Mereka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada jam 9.30 pagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin.

Empat yang ditahan adalah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan.

Mereka ditahan SPRM semalam kerana terlibat dengan syarikat perlombongan pasir yang didakwa merasuah pegawai-pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014. 

SPRM juga membekukan beberapa akaun yang dimiliki oleh syarikat itu, melibatkan sejumlah RM4 juta. – 30 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen