'Skuad Niqab' lawan prejudis terhadap niqab


'Skuad Niqab' bertemu untuk membaca Al-Quran, atau baru-baru ini mereka melakukan aktiviti yang menjadi sunnah Nabi Muhammad iaitu menaiki kuda dan cuba memanah. – Gambar AFP, 29 November, 2017.

MENUNGGANG kuda atau memanah adalah sukar, apatahlagi apabila anda memakai niqab.

Namun, ia tidak menghalang sekumpulan wanita Indonesia yang berganding bahu melawan prejudis terhadap niqab yang menutupi muka. Ia telah menjadi tumpuan dalam perdebatan global terhadap kebasan beragama serta hak-hak wanita.

“Skuad Niqab” bertemu untuk membaca Al-Quran, atau baru-baru ini mereka melakukan aktiviti yang menjadi sunnah Nabi Muhammad iaitu menaiki kuda dan cuba memanah.

Walaupun bertutup litup dan kecuali bahagian mata, ia adalah kebiasaan bagi ultra-konservatif Arab Saudi dan beberapa negara Teluk lain. Lain pula hanya di Indonesia, di mana hanya kira-kira 90% daripada 255 juta rakyatnya yang secara tradisinya mengamalkan Islam sederhana.

Baru-baru ini, sebuah sekolah tinggi Islam swasta di pulau utama Jawa ditegur oleh pegawai tempatan selepas tersebarnya gambar-gambar dalam talian menunjukkan pelajar perempuan memakai niqab. Pemakaian niqab melanggar peraturan kebangsaan mengenai pakaian seragam sekolah.

Indadari Mindrayanti mengasaskan skuad ini selepas dia memakai niqab pada 2016 dan mencari wanita-wanita yang menghadapi diskriminasi secara online.

Indadari melihatnya sebagai cara untuk menjadi lebih warak tetapi keputusannya tidak disambut baik keluarganya atau orang sering melihatnya dengan “pandangan pelik “.

Malah ada yang memanggilnya ninja.

Kumpulan itu kini mempunyai 3,000 ahli di Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Afrika Selatan, dan mereka berkata mereka dilabel sebagai pelampau dan sering ditanya soalan seperti “kenapa kamu berpakaian seperti pengganas?”.

Namun, beberapa pengkritik melihat niqab sebagai simbol konservatisme keagamaan yang semakin meningkat yang dibawa ke Indonesia melalui Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lebih konservatif.

Indadari berkata dia akan terus berusaha untuk melawan skeptikal dengan bercakap dengan mereka dengan suara yang lembut dan mesra untuk membolehkan orang tahu bahawa dia berniat baik, walaupun mereka hairan dengan penampilannya.

“Niqab tidak menghalang kita daripada bersosial dengan sesiapa sahaja, walaupun mereka bukan Muslim,” katanya.

“Kita boleh menjadi duta besar umat Islam di hadapan orang bukan Islam ... (dan) mereka yang tidak memahami Islam dan hanya mengetahui melalui apa yang mereka lihat di media.” – AFP, 29 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen