Tiada bukti Najib dalang transaksi RM42 juta, kata peguam


Bede Hong

Najib Razak berdepan tujuh pertuduhan kerana menerima dana SRC International sebanyak RM42 juta antara 24 Disember 2014 dan 6 Februari 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Jun, 2020.

PIHAK pendakwaan tidak dapat menunjukkan bukti Najib Razak dalang di sebalik transaksi RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun bank peribadinya pada Disember 2014 dan Feruari 2015, kata pihak pembelaan pada akhir hujah mereka.

Peguam pertahanan utama Muhammad Shafee Abdullah, dalam hujah balasnya kepada pihak pendakwaan, berkata SRC International dan juga AmBank, yang memegang akaun Najib dan syarikat, berada dalam “keadaan tidak terurus” dan diambil kesempatan oleh individu tidak diketahui.

Shafee memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pihak pendakwa tidak pernah menyelesaikan keterangan bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin yang tandatangannya dan bekas ketua pegawai eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil pada surat arahan perbankan berkaitan dengan urus niaga, kemungkinan palsu.

Shafee juga berkata pihak pendakwaan tidak menjelaskan mengapa bank juga menerima cek dan membenarkan transaksi, walaupun hanya diberikan tandatangan “soft copy”, yang tidak dibenarkan berdasarkan peraturan perbankan.

“Ia kelam-kabut. Ia paling tepat bagi menggambarkan bank dan SRC berada dalam tidak terurus,” kata Shafee.

“Tiada bukti pernah ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Apa yang mereka tunjukkan adalah wang masuk ke dalam akaunnya, yang saya katakan berulang kali, ia hanya satu daripada daripada lima perkara yang diperlukan ...paling penting, apakah beliau punca berlakunya transaksi?”

Najib berdepan tujuh pertuduhan kerana menerima dana SRC International sebanyak RM42 juta antara 24 Disember 2014 dan 6 Februari 2015.

Bekas perdana menteri itu didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Shafee berkata transaksi tersebut tidak sah dan salah, kerana tidak dipersetujui sebagaimana kontrak bank-pelanggan.

Peguam itu juga menegaskan kenyataan Nik Faisal yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di mana eksekutif itu menafikan tahu mengenai transaksi RM42 juta oleh SRC International. Nik Faisal kini menjadi buruan.

“Sekarang kita tahu pihak pendakwaan bersetuju yang tandatangan itu tidak seperti miliknya… Jadi siapa sebenarnya yang menyebabkan pemindahan itu?” – 5 Jun, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen