B40 boleh mohon sewa gerai di pasar Jalan Lama PJ, kata ahli majlis


Ravin Palanisamy

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memperuntukkan 59 lot kosong di pasar PJ Old Town untuk golongan B40. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2020.

MEREKA dari kumpulan berpendapatan rendah di Petaling Jaya akan diberi peluang untuk menyewa gerai di pasar PJ Old Town, kata ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ermee Marianna Saadon.

Beliau berkata selepas pengauditan dilakukan di pasar berkenaan baru-baru-baru ini mereka mendapati 59 lot dari 516 lot kosong dan 30% daripadanya akan diperuntukkan untuk kumpulan B40.

“Sebanyak 59 kedai kosong dan kami akan memperuntukkan 30% daripadanya kepada kumpulan B40 sementara 70% akan diperuntukkan kepada penduduk lain di Petaling Jaya yang terdiri daripada kumpulan M40 dan lain-lain,” katanya dalam sidang media hari ini selepas sesi taklimat dengan peniaga di Dewan Sivik di Petaling Jaya.

Beliau menambah MBPJ komited dalam meningkatkan taraf hidup penduduknya dan bersedia mengadakan sesi taklimat bersama mereka yang berminat daripada kumpulan B40.

Beliau berkata MBPJ juga akan membantu mereka yang berdepan masalah untuk mengeluarkan modal.

“Jika mereka tak ada modal untuk memulakan perniagaan, kami akan membantu mereka mendapatkan pinjaman daru Hijrah Selangor.

“Hijrah Selangor berfungsi untuk membantu peniaga yang ingin memulakan perniagaan. Sebelum ini mereka menawarkan bantuan sehungga RM2,000 tetapi sekarang sudah meningkat sehingga RM5,000. Ini mungkin dapat membantu mereka,” katanya. – 4 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen