Pasar dan medan selera Bandar Lama PJ kembali dibuka pada Sabtu


Ravin Palanisamy

Adun Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (tengah) bersama-sama Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ermee Marianna Saadon (kiri) dan Suriase Gengiah pada sidang media hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 Jun, 2020.

PASAR basah dan medan selera Bandar Lama PJ akan kembali beroperasi bermula 6 Jun ini, hampir dua bulan selepas ditutup kerana kes Covid-19 dikesan di situ.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Ermee Marianna Saadon berkata peniaga di pasar terletak di Jalan Othman itu akan dibenarkan kembali beroperasi secara berperingkat.

Peniaga di medan selera pula akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.

“Pasar Bandar Lama PJ akan kembali beroperasi secara berperingkat bermula Sabtu ini (6 Jun) sementara semua peniaga medan selera boleh beroperasi sepenuhnya.

“Hampir 300 peniaga akan menerima manfaat dengan pembukaan semula ini tetapi bakinya perlu mematuhi beberapa kriteria sebelum dibuka semula,” katanya pada sidang media hari ini selepas hadir majlis taklimat dengan peniaga di Dewan Sivik, Petaling Jaya.

Pasar itu mula ditutup pada 27 April selepas 26 kes Covid-19 dikesan di situ.

Kawasan itu juga diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) bermula 10 Mei yang berakhir pada 21 Mei tetapi peniaga ketika itu masih belum dibenarkan kembali berniaga. – 4 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen