Perintah berkurung di Los Angeles County dilanjut


Anggota Armed National Guard AS sedang mengawal di Hollywood Boulevard susulan protes di Los Angeles County atas kematian George Floyd terus berlarutan. – Bernama, 4 Jun, 2020.

PERINTAH berkurung masih dikenakan di Los Angeles County pada Rabu, hari keempat berturut-turut, apabila protes atas kematian George Floyd terus berlarutan, lapor agensi berita Xinhua.

Daerah paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) itu, dengan populasi lebih 10 juta, berada di bawah perintah berkurung dari jam 9 malam waktu tempatan hingga 5 pagi Khamis, menurut satu kenyataan lembaga yang mengawasi kawasan itu. 

Mereka yang melanggar perintah itu boleh didenda tidak melebihi AS$1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali. 

Beberapa bandar lain di daerah itu seperti Santa Monica, Beverly Hills dan Culver City, turut mengenakan perintah berkurung.

Lebih banyak protes dijangka diadakan di bandar-bandar di seluruh California Selatan pada Rabu. – Bernama, 4 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen