PM boleh kembali bekerja esok, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mereka yang menghadiri mesyuarat pasca-kabinet disahkan negatif Covid-19 dan boleh kembali bertugas esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dan mereka yang menghadiri mesyuarat pasca-kabinet bersama orang yang dijangkiti Covid-19 boleh kembali bertugas esok selepas tempoh kuarantin 14 hari mereka berakhir hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata kesemua mereka diuji negatif Covid-19.

“Mereka boleh kembali ke pejabat. Tidak ada yang positif dan pegawai yang dijangkiti sudah bertambah baik.

“Dia menunjukkan hasil positif,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini. 

Bulan lalu, beberapa pegawai kanan kerajaan menjalani ujian Covid-19 dan dikuarantin selepas menyertai mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri yang turut dihadiri Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid, yang kemudian disahkan positif Covid-19.

Hasil saringan Covid-19 Muhyiddin disahkan negatif.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Idrus Harun dan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki.– 3 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen