Malaysia kurang ahli psikologi untuk bantu mangsa Covid-19, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata Malaysia hanya mempunyai 138 ahli psikologi yang memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang terkena jangkitan Covid-19 dan ini tidak mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2020.

MALAYSIA berdepan kekurangan ahli psikologi untuk memberikan kaunseling kepada mereka yang terkena jangkitan wabak Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata buat masa ini mereka mempunyai 138 ahli psikologi yang memberikan khidmat kaunseling dan ini tidak mencukupi.

“Nisbahnya sekarang adalah seorang kaunselor untuk 52,000 sedangkan perlu ada seorang kaunselor untuk 500 orang.

“Kita bekerjasama dengan agensi lain dan setakat ini kita menerima 9,338 panggilan melalui talian kami,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bahawa lebih 50% panggilan itu berkaitan dengan tekanan dan masalah lain mengenai virus. – Bernama, 3 Jun, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen