Malaysia catat 57 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Seorang petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan Covid-19 terhadap penduduk di Flat Sri Selangor pada 21 Mei lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2020.

JUMLAH kes baharu Covid-19 hari ini naik sedikit berbanding semalam apabila 57 kes jangkitan dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Semalam, Malaysia mencatatkan 30 kes tanpa sebarang kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 57 kes baharu hari ini, 10 kes merupakan kes import manakala selebihnya, 47 kes penularan tempatan.

Katanya daripada 47 kes penularan tempatan itu, 43 melibatkan bukan warganegara dan 4 kes membabitkan penduduk tempatan.

“24 kes dikesan di Depoh Tahanan Imigresen Sepang.

“15 kes dikesan di Pahang melibatkan tiga kluster iaitu satu dari Kampung Sungai Lui, satu dari kluster Pudu, satu kes kluster pusat tahanan pendatang asing, dan satu kes di Klang,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Keseluruhan kes jangkitan kini mencecah 7,819 kes dengan kes aktif sebanyak 1,351.

23 lagi pesakit pulih sepenuhnya dalam tempoh 24 jam dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan keseluruhan kes pulih berjumlah 6,353.

Tiada kematian baru direkodkan dan angka korban kekal 115 orang. – 31 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen