Lonjakan kes Covid-19 di pusat tahanan imigresen sudah dijangka


Noel Achariam

Tindakan menangkap pendatang asing tanpa izin dan meletakkan mereka di pusat tahanan imigresen memberi risiko kepada mereka yang sihat kepada jangkitan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2020.

PUTRAJAYA perlu menjelaskan bagaimana ia akan menangani peningkatan kes Covid-19 di pusat tahanan Imigresen selepas berulang kali diingatkan agar berhenti memburu pendatang asing tanpa dokumen semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), kata kumpulan masyarakat sivil.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight lonjakan jangkitan Covid-19 yang berlaku di tiga pusat tahanan - Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang - adalah situasi yang akan menimbulkan masalah.

Semua orang dapat sudah dapat menjangkakannya, kata mereka, tetapi Putrajaya tidak mengendahkan segala amaran yang diberi.

Mereka kini bimbang jika situasi tersebut tidak ditangani dengan cepat, maka akan ada gelombang kedua jangkitan Covid-19, yang akan menjejaskan negara.

Setakat ini, terdapat 384 kes di pusat tahanan - Bukit Jalil (282), Semenyih (66) dan Sepang (36).

Terdapat sejumlah 4,739 pendatang tanpa izin di tiga pusat imigresen.

Aktivis sosial dan penguam terkenal Ambiga Sreenevasan berkata lonjakan itu “sudah boleh dijangka”.

“Bukan setakat cara mereka (pendatang tanpa izin) dikumpulkan tidak perlu, mereka kini terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19.

“Kumpulan masyarakat sivil terus memberi amaran kepada pihak berkuasa tetapi mereka tidak mengendahkannya,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insight.

Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Nasional (Hakam) itu berkata tragedi itu kini menyaksikan mereka yang tidak dijangkiti virus turut terdedah kepadanya.

“Ini termasuk kanak-kanak. Mereka kini ditahan dalam keadaan tidak selamat. Tindakan keras itu juga mendorong mereka untuk bersembunyi.

“Semua ini boleh dielakkan. Kita bertanggungjawab sepenuhnya kerana meletakkan mereka semua dalam risiko,” katanya.

Ambiga mengatakan sesuatu mesti dilakukan segera untuk mengatasi masalah ini. – 28 Mei, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen