Tidak ada perjalanan antara negeri untuk juruaudit, kata menteri


Noel Achariam

JURUAUDIT dan mereka yang perlu melakukan temuduga tidak dibenarkan melakukan perjalanan antara negeri kerana mereka bukan sebahagian dari perkhidmatan penting, kata Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pada masa ini perjalanan antara negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan melibatkan saudara terdekat.

“Perjalanan antara negeri tidak dibenarkan untuk juruaudit memeriksa akaun syarikat kerana ia bukan sebahagian dari perkhidmatan kecemasan.

“Temuramah secara berdepan juga tidak diperlukan. Mereka boleh melakukannya menerusi Skype, sidang video dan lain-lain,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau memberikan maklum balas terhadap syarikat yang ingin menghantar pekerja mereka ke luar negeri untuk menjalankan audit. 

Tidak ada perjalanan antara negeri untuk juruaudit, kata menteri.

Ismail Sabri berkata beliau menasihatkan syarikat yang ingin melakukan temuduga melakukannya secara maya.

“Ini kerana kita masih tidak akan membenarkan perjalanan antara negeri,” katanya.

Semalam polis telah menjalankan 155 sekatan jalan antara negeri di seluruh negara dan memeriksa 127,672 kenderaan.

Sebanyak 824 kenderaan ditahan cuba melintasi negeri dengan alasan balik kampung dan diperintahkan untuk berpatah balik berbanding 738 pada hari sebelumnya.

Polis juga menahan 136 individu, 75 daripadanya ditahan dan 61 disabitkan kesalahan melanggar PKPB.

Ismail Sabri juga berkata polis mengeluarkan kompaun kepada 534 individu atas pelbagai kesalahan di bawah PKPB.

Dari jumlah keseluruhan, 266 kompaun yang dikeluarkan di balai polis, 25 adalah untuk kunjungan Hari Raya.

Sebanyak 268 kompaun dikeluarkan di lapangan, 257 daripadanya di sekatan jalan raya. – 27 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen