5 kes Covid-19 di Pasar Kajang, kata Adun


Angie Tan

Pasar Kajang ditutup selama lima hari selepas lima peniaga disahkan dijangkiti Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2020.

LIMA kes Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga di Pasar Kajang, kata Adun Kajang Hee Loy Sian.

Seramai 261 pekerja menjalani saringan Covid-19, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Kesemua mereka dikuarantin selama 14 hari walaupun yang diuji negatif.

“Pejabat Kesihatan daerah Hulu Langat akan membuat pengumuman lebih lanjut hari ini,” katanya.

Pasar berkenaan yang sebelum ini dijadualkan dibuka semula esok namun dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga 1 Jun selepas peniaga mula dikenakan kuarantin pada 18 Mei.

Pintu masuk dan keluar dari pasar basah ini disekat dan kenderaan dilarang masuk namun hanya penjalan kaki dibenarkan memasuki kawasan berkenaan. 

Kawasan sekitar pasar berkenaan terdiri dari kedai runcit yang menjalankan perniagaan borong dan Hee percaya perniagaan tidak akan terjejas.

“Bagaimanapun jumlah pengunjung pasti berkurangan susulan orang ramai bimbang untuk ke sana.

“Tetapi saya rasa tidak ada masalah asalkan anda mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya. – 26 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen