PRESIDEN Zimbabwe yang baharu, Emmerson Mnangagwa melakukan rombakan kabinet tiga hari selepas mengangkat sumpah, kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Ketua setiausaha presiden Misheck Sibanda dalam satu kenyataan berkata Mnangagwa dalam proses membentuk pasukan baharu menteri.
Sibanda berkata Mnangagwa melantik Patrick Chinamasa sebagai pemangku menteri kewangan dan Simbarashe Mumbengegwi sebagai pemangku diplomat kanan bagi melancarkan perkhidmatan di beberapa kementerian penting.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan bila Mnangagwa akan membuat pengumuman berhubung kabinet baharunya.
Mnangagwa, 75, mengangkat sumpah pada Jumaat lalu selepas rampasan kuasa tentera berlaku terhadap pemerintahan kuku besi bekas presiden Robert Mugabe, 93. – AFP, 28 November, 2017.
Komen