Peniaga pasar basah beralih ke e-dagang jana pendapatan tambahan


Khoo Gek San

Peniaga pasar basah melibatkan diri dalam dunia digital selain cuba menjual menerusi aplikasi e-dagang dan menawarkan khidmat penghantaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2020.

Peniaga pasar basah mula beralih ke platform e-dagang untuk mengharungi pandemik Covid-19 yang menejejaskan perniagaan mereka.

Mereka menyertai penjual dalam talian dengan melibatkan diri dalam dunia digital selain cuba menjual mereka menerusi aplikasi e-dagang dan menawarkan khidmat penghantaran.

Perkembangan ini menjadi usaha utama dalam kalangan generasi kedua pedangan yang mewarisi perniagaan daripada keluarga mereka.

Perkhidmatan itu lebih selamat walaupun mahal sedikit kerana ia mengurangkan kepadatan di pasar basah dan pada masa sama memudahkan pelanggan.

Bagi peniaga muda di di Pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur, mereka mula merasai peningkatan jualan dua bulan selepas beralih kepada perkhidmatan penghantaran Grab Mart.

Penjual sayur, Hafiz Abdul Rashid Chaw, 35, berkata hasil jualannya menurun 35% susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mendorongnya beralik kepada Grab Mart di bawah kontrak enam bulan.

“Selepas saya mula juga secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan, ia bukan saja menampung kerugian, tetapi meningkatkan kadar perniagaan sebanyak 20%,” kata Hafiz kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun beliau berkata penjualan secara dalam talian juga mempunyai cara kerana harga berubah mengikut kekuatan pasaran dan tidak mungkin mengubah harga dalam platform seperti itu.

“Saya kadang kala kerugian wang kerana harga sayuran berubah dan harga barangan lain bergantung kepada bekalan.

“Apabila pasar borong Selayang ditutup sebelum ini, banyak sayuran kehabisan stok dan harga naik.

“Tetapi setakat menggunakan aplikasi ini, jika anda mahu mengubah harga dalam program ini, anda perlu mendapatkan aplikasi syarikat untuk menyemak harga pasaran sebelum diluluskan,” kata Hafiz.

Dia pernah mempunyai 30 penghantar bekalan yang menunggunya untuk membungkus pesanan, sekali gus mengundang aduan kerana tidak mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Komisen untuk khidmat penghantaran masih 20%. Sebagai contoh jika sekilo sayur berharga RM1, kosnya akan jadi RM1.20 apabila dijual dalam talian dan kos itu akan ditanggung oleh pengguna.

“Sebagai contoh, jika saya menjual sayur RM80, RM15 akan dibayar sebagai komisen.

“Untuk menampung jumlah pesanan yang makin meningkat, saya perlu mengupah tiga pekerja tambahan bagi mengambil pesanan, membungkus dan mengedar kepada penunggang Grab. Secara keseluruhannya, saya masih berpuas hati dengan cara model perniagaan baharu ini.” – 26 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen