Tiada diskriminasi agama di Myanmar, kata tentera


Pemimpin tentera Myanmar Min Aung Hlaing berkata tentera Myanmar hanya bertindak untuk keamanan dan kestabilan negara.– Gambar EPA, 27 November, 2017.

PEMIMPIN tertinggi tentera Myanmar Min Aung Hlaing berkata beliau memberitahu Pope Francis negaranya tidak berlaku “diskriminasi agama” pada pertemuan sempena lawatan Pope ke Myanmar hari ini.

“Myanmar tidak berlaku langsung diskriminasi agama,” katanya dalam posting Facebook oleh pejabatnya.  

“Saman seperti tentera kita juga…(ia) bertindak untuk keamanan dan kestabilan negara.”

Terdahulu, Pope Francis mengadakan lawatan ke negara yang mencetuskan kontroversi berhubung tindakan ketenteraan yang dikenakan ke atas etnik Rohingya di negeri Rakhine. 

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat menuduh tentera Myanmar di bawah kawalan jeneralnya menjalankan “pembersihan etnik” hingga menyebabkan lebih 620,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu.

Tindakan ketenteraan terhadap Rohingya masih berterusan ketika lawatan empat hari pope ke negara berkenaan.

Dalam pertemuan selama 15 minit itu, Hlaing berkata “tentera Myanmar kini memikul tanggungjawab besar pada saat peralihan,” kata jurucakap Vatican Greg Burke. 

Myanmar diperintah oleh junta tentera sejak lima dekad lalu sehingga kerajaan awam yang diketuai Aung San Suu Kyi mengambil alih kuasa tahun lalu. – AFP, 27 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen