MAHKAMAH Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap 139 anggota tentera berhubung pembunuhan 74 orang termasuk 54 pegawai kanan tentera ketika melakukan pemberontakan pada 2009, kata peguam negara itu.
“Keputusan telah dibuat untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap 139 orang,” kata Peguam Negara Mahbubey Alam kepada selepas Mahkamah Tinggi memutuskannya di Dhaka.
“Tiada tempat di dunia yang melakukan perkara sebagaimana mereka lakukan terhadap 54 pegawai kanan tentera yang terbunuh,” kata Alam.
Rayuan akan dibuat di Mahkamah Agung berhubung keputusan itu, yang mana undang-undang telah memutuskan hukuman mati.
Pada 2013, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap 152 anggota tentera kerana secara kejam membunuh pegawai kanan tentera dengan menembak, menetak sehingga mati atau membakar mereka hidup-hidup sebelum dicampakkan ke dalam pembetung atau lubang.
Salah seorang yang dijatuhkan hukuman mati dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan, lapan lagi dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan empat lagi dibebaskan, kata Alam.
Hukuman itu bagaimanapun diselar oleh ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Pada 2009, kumpulan pemberontak itu bertindak mencuri ribuan senjata api sebelum bertindak melakukan pembunuhan rambang selama dua hari di berek tentera.
Bangladesh mempunyai sejarah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan beramai-ramai itu mengancam kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina yang baru dipilih, sebagai membalas tindakan penahanan ribuan suspek. – AFP, 27 November, 2017.
Komen