Pegawai imigresen, kakitangan depot tahanan Bukit Jalil bebas Covid-19 


Ravin Palanisamy

Pegawai dan kakitangan imigresen di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil bebas Covid-19.– Gambar Facebook, 23 Mei, 2020.

SEMUA pegawai imigresen di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil bebas Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Ujian dijalankan terhadap 114 pegawai dan kakitangan yang bekerja di depot tahanan berkenaan didapati negatif.

“Setakat ini, 114 pegawai dan mereka yang bekerja di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil negatif (Covid-19),” menurutnya pada sidang media isu keselamatan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Memandangkan tiada kes positif direkodkan dalam kalangan pegawai dan kakitangan, Ismail Sabri berkata tiada keperluan untuk pertukaran kakitangan dan tidak perlu panik.

Ini adalah susulan daripada langkah Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian saringan terhadap kira-kira 3,000 pendatanag tanpa izin di dept tahanan di Bukit Jalil dan Semenyih berikutan laporan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pendatang di depot Bukit Jalil.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, keputusan ujian yang dibuat di depot tahanan di Semenyih masih belum diketahui.

Dalam pada itu, ditanya sekiranya terdapat kes jangkitan di penjara, beliau berkata setakat ini tiada kes direkodkan termasuk tahanan warga asing. – 23 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen