SEORANG wanita warga emas maut dipukul anak perempuannya yang menghidap masalah mental selepas dua beranak itu bergaduh dalam kejadian di rumah mereka di Lahar Kepar, di Kepala Batas malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, Loh Foh Mooi, 90, ditemukan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di muka dan tangan di ruang tamu rumah mereka.
Komen