Gereja Katolik masih tunggu kebenaran Putrajaya untuk dibuka semula


Bede Hong

Pihak gereja masih belum mendapat kebenaran dan prosedur untuk dibuka semula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2020.

GEREJA Katolik masih belum menerima kebenaran Majlis Keselamatan Negara untuk dibuka kepada orang awam, walaupun Putrajaya mengumumkan semalam yang orang bukan Islam sudah boleh hadir di rumah ibadat masing-masing bermula bulan depan.

“Setakat pagi tadi, kami masih belum terima pengesahan pihak berkuasa berkaitan selain daripada yang dikeluarkan semalam,” kata ketua uskup Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai gereja di bawah Sidang Uskup Malaysia sudah dihantar kepada Kementerian Perpaduan Negara.

“Kami tidak dapat berita lagi tentang gereja yang dipilih, kami juga tidak tahu kriteria pemilihan selain daripada gereja perlu terletak dalam zon hijau.”

Gereja Katolik mendesak penganutnya supaya bersabar, menambah yang ia akan terus menyediakan sokongan kerohanian menerusi pelbagai inisiatif terutama siaran langsung upacara keagamaan.

Ketua uskup berkata pihak gereja perlu mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuka semula gereja.

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan adalah sekatan yang dikenakan kerajaan, perkembangan terkini krisis kesihatan dan nasihat daripada pakar perubatan.

Turut dipertimbangkan adalah keupayaan mengenalpasti paderi yang boleh memenuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan lain ditetapkan kerajaan. – 22 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen